Info , Definasi Dan Sejarah Kota Bandung
Kota Bandung ialah ibu kota provinsi Jawa Barat di Indonesia. Pada zaman dahulu, kota ini dikenali sebagai Parijs van Java, iaitu "Paris di Jawa" dalam bahasa Belanda. Disebabkan lokasinya di dataran tinggi, Bandung terkenal kerana iklim yang sederhana dan oleh itu, telah menjadi salah satu destinasi pelancong yang popular. Bandung juga mempunyai banyak institusi pendidikan tinggi swasta, termasuk juga sebuah institusi pendidikan tinggi awam, yang menyebabkannya termasyhur sebagai salah satu kota pelajar di Indonesia.
Sejarah
·
1799 - Syarikat Hindia Timur Belanda mengalami kemuflisan sehingga wilayah
kekuasaannya di Nusantara diambil alih oleh pemerintah Belanda. Ketika itu,
Bandung dipimpin oleh Bupati R.A. Wiranatakusumah II.
·
1808 - Belanda mengangkat Herman Willem Daendels sebagai Gabenor Jeneral di Nusantara setelah
ditinggalkan Syarikat Hindia Timur Belanda.
·
1809 - Bupati memerintahkan pemindahan ibu kota dari Karapyak ke daerah
pinggiran Sungai Cikapundung (medan bandar sekarang) yang ketika itu masih merupakan hutan
tetapi sudah ada permukiman di sebelah utara.
·
1810 - Daendels menancapkan tongkat di pinggir Sungai Cikapundung yang
berseberangan dengan medan bandar sekarang, dan berkata: “Zorg, dat als ik
terug kom hier een stad is gebouwd!” (Usahakan, bila aku kembali ke sini,
sebuah kota telah dibangun!”). Sekarang tempat itu menjadi titik pusat atau Km
0 kota Bandung.
·
25 Mei 1810 - Daendels meminta bupati Bandung dan
Parakanmuncang memindahkan ibu kota ke wilayah tersebut.
·
25 September 1810 - Daendels mengeluarkan surat keputusan
untuk memindahkan ibu kota Bandung dan sekaligus melantik Raden Suria sebagai
Patih Parakanmuncang pada hari ini. Oleh itu, 25 September telah dijadikan
sebagai hari jadi kota Bandung, dengan R.A. Wiranatakusumah sebagai pengasas.
Nama pengasas sekarang diabadikan dengan menggantikan nama Jalan Cipaganti
dengan namanya. Wilayah ini menjadi rumah tinggal bupati sewaktu ibu kota
berpindah ke medan bandar sekarang.
·
24 Mac 1946 - Pembakaran Bandung oleh para pejuang
kemerdekaan yang dikenali dengan sebutan 'Bandung Lautan Api' dan diabadikan dalam lagu "Halo-Halo Bandung".
Bandung terletak di tengah-tengah provinsi Jawa Barat pada
koordinat 107° T and 6° 55’ S. Sebagai ibu kota, lokasinya ini mempunyai
nilai-nilai yang strategik kepada daerah-daerah di sekitarnya. Luasnya kota
Bandung 16,767 hektar, dengan tingginya ±768 meter di atas min aras laut. Pada umumnya, kawasan-kawasan utaranya
yang tingginya ±1050 meter adalah lebih tinggi, berbanding dengan
kawasan-kawasan selatan yang tingginya ±675 meter. Bandung dikelilingi oleh
pergunungan sehingga merupakan sebuah lembangan.
Sungai-sungai utama mengalir melalui kawasan kota Bandung,
antaranya Sungai Cikapundung dan Sungai Citarum serta anak-anak sungainya yang umumnya mengalir ke arah selatan
dan bertemu di Sungai Citarum. Disebabkan ini, Bandung selatan sangat rentan
terhadap masalah banjir.
Sumber - Wikipedia
Sumber - Wikipedia
0 comments: