Peta Panduan Map Kota Bandung Indonesia & Travel Guide


Tempat-tempat dan lokasi-lokasi menarik di Bandung

Kota Bandung mempunyai banyak tempat menarik; selain dengan factory outlet nya yang terkenal dengan pusat membeli-belahnya, suasana atau keadaan muka bumi di sana juga mempunyai tarikannya yang tersendiri. Keadaan iklimnya yang agak dingin iaitu sekitar 22 darjah celcius memberikan suasana nyaman yang disertai pula dengan keadaan tanah tinggi dan beberapa gunung berapi yang terkenal.

Oleh itu maka tidak hairanlah ianya setiasa dikunjungi oleh masarakat tempatan atau luar negara. Pada hujung minggu kita akan dapati ramai penduduk dari Jakarta turun ke Bandung untuk melepaskan diri daripada kesesakan kota. Begitu juga dengan pelancong luar negara, hampir 90 peratus adalah orang-orang Malaysia dan keduanya diikuti oleh rakyat Singapura.


Di antara tempat-tempat menarik yang menarik untuk dilawati ialah:-

Gunung Tangkuban Perahu


Merupakan kawasan gunung berapai yang paling popular dan ramai dikunjungi. Ianya boleh dikatakan tempat yang mesti dikunjungi terutamanya kepada mereka yang pertama kali ke Bandung. Ianya terletak di kira-kira 20 km dari utara kota Bandung.  Gunung ini berketinggian sekitar 2,084 metar dari aras laut, oleh itu suhu pada waktu siangnya sekitar 17 darjah celsius.

Secara purata, terdapat lebih kurang 300-400 orang akan melawat Gunung Tangkuban Parahu setiap hari. Jumlahnya mungkin bertambah terutama pada cuti sekolah dan cuti umum. Pemandangan dari atas puncak gunung ini agak cantik, dimana kita akan dapat melihat pemandangan gunung-ganang di bawahnya. 

Rakyat tempatan mempunyai cerita lagenda yang hebat mengenai Gunung Tangkuban Parahu ini, iaitu kisah percintaan di antara Sangkurinag dengan Dayang Sumbi. Ikuti kisahnya di sini.

Ciater Hot Spring


Dari Gunung Tangkubang Parahu ianya mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja. Jadi ianya boleh disinggah apabila pulang dari Tangkuban Parahu. Ciater Hot Spring merupakan kolam air panas yang berasal dari gunung berapi di sekitarnya, ianya sangat sesuai untuk merehatkan dan menyegarkan badan sama ada mandi atau merendam kaki. Ada yang berpendapat, dengan mandi air panas yang bercampur belerang itu boleh merawat beberapa jenis penyakit kulit.

Di sini juga ada restoran dan gerai-gerai jika anda mahu makan atau minum. Selain itu, di sini juga ada aktiviti menungang kuda untuk hiburan anak-anak atau sekadar mengambil gambar untuk kenangan. Di sini juga terdapat tempat untuk camping, gelangang tenis dan sebagainya.


Factory outlet dan pusat membeli belah:


Pasar Baru - pusat pakaian


Pasar Baru dibuka dari jam 9.00pagi sampai 5.00 petang dan ianya mempunyai 4 tingkat.  Pengunjung di sini agak ramai oleh itu untuk mengurangkan kesesakan, adalah lebih-baik jika anda datang awal pagi.
Merupakan tempat membeli belah paling popular bagi pelancong asing.

Di sini anda boleh mendapatkan produk kain ela,baju kebaya,telekong dan bermacam-macam lagi pakaian yang diperbuat daripada kain kapas, sutera, setin dan sebagainya. Terdapat pakaian moden dan tradisional seperti kebaya dan sebagainya. Pakaian dan aksesori untuk perkahwinan pun boleh didapati.
Pakaian sembahyang untuk wanita dan lelaki cukup banyak, anda perlu pilih sahaja. Begitu juga dengan pakaian kanak-kanak.

Peniaga-peniaga di sini sudah sangat biasa dengan pelancong dari Malaysia. Oleh itu pandai-pandailah anda membuat tawar-menawar. Harga pakaian di Pasar Baru memang lebih murah berbanding dengan harga di Malaysia, lebih-lebih lagi jika anda membeli secara borang.  Kualiti pakaian ada bermacam-macam, oleh itu anda haruslah pandai memilih untuk mendapatkan pakaian yang bermutu.

Jika anda mempunyai banyak masa, anda boleh membuat perbandingan dengan beberapa kedai bagi mendapatg gambaran harga bagi sesuatu barang atau pakaian yang anda ingin beli. Walaubagaimanapun, jika anda merasakan harga yang ditawarkan sudah cukup murah...anda boleh beli sahaja kerana di Pasar Baru memang banyak sangat kedai dan anda mungkin tidak sanggup untuk pergi ke semua kedai untuk membuat perbandingan harga.

Sedikit tips jika membeli di Pasar Baru iaitu jaga barangan anda.  Bagi lelaki, lebih baik letakan dompet anda pada poket depan. Bagi yang membawa beg sandang, letakan di bahagian depan..bukan di sebelah sisi lebih-lebih lagi belakang.  Pastikan passport anda disimpan dengan baik kerana dikuatiri tercicir dan sebagainya.  Bagi mereka yang membawa anak-anak kecil, sila jaga dan perhatikan mereka setiap masa.​


Rumah Mode


Antara factory outlet yang terbesar di Bandung dan ianya memang sentiasa ramai dikunjungi terutama pada hujung munggu. Di sini banyak terdapat pakaian wanita, pakaian lelaki dan pakaian kanak-kanak dan kebanyakannya adalah pakaian  kasual jeans dan t-shirt.

Heritage


Kawasan yang popular di mana terdapat banyak jenis pilihan pakaian
Bangunannya seakan bangunan pengaruh penjajah dan terdapat juga cafe/restoran di sekitarnya.

Donatello


Barangan kulit jenama tempatan seperti kasut, beg wanita, tali pingang, beg galas dan bermacam-macam lagi.

Cihampelas shopping street


Jeans dan bermacam-macam pakaian ada di sini
Harganya memang murah dan berbaloi

For Men


Sesuai dengan namanya - ianya untuk barangan lelaki sahaja. Tempat yang sangat sesuai untuk lelaki di mana anda boleh dapatkan apa sahaja di sini dengan harga yang berpatutan, Sangat sesuai bagi lelaki/suami untuk membeli belah di sini sementara menunggu isteri membeli-belah di tempat kegemaran mereka

The Secret


Tempat yang popular dengan pakaian yang berjenama, Pakaian kanak-kanak juga ada di sini, Suasananya juga sesuai untuk santai-santai, wifi pun ada di sini.

Jalan Cihampelas (cihampelas walk)


Pusat perbelanjaan mewah - ianya bersih dan nyaman, Pada sebelah malam, ianya dihiasi dengan lampu-lampu yang menarik - sesuai untuk bersiar-siar bersama kawan dan keluarga

Jalan Cibadayut - terkenal dengan barangan kulit​​​​


​Barangan utama di sini ialah beg tangan dan kasut kulit untuk wanita dan juga lelaki. ianya mempunyai deretan kedai antara yang terpanjang di Asia.

Jalan Cibaduyut memang sangat popular dengan kasut/sepatu kulit sehinggakan jalan masuk utama di Jalan Cibaduyut telah dibina patung kasut yang besar. Oleh itu, jika anda nampak patung kasut yang besar, maka bermakna anda sekarang sedang barada di Jalan Cibaduyut.  Jarak dari pusat bandar hanyalah sekitar 30 minit sahaja.

Jika anda ingin menempah kasut pn boleh dan harganya memang murah dengan kualiti yang baik.
Selain kasut, terdapat juga banyak barangan yang diperbuat daripada kulit seperti jaket kulit, topi kulit, tali pingang kulit, dompet kulit, sandal dan sebagainya.


Jalan Dago 


Pusat fesyen terkini yang menawarkan pelbagai pakaian model terkini untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. Antara factory Outlet di sini ialah:

Blossom



Grande



Rafles



Glamour



Runaway



Jetset



Centre Branded​​​​​



Pendek kata, anda boleh berbelanja sehingga puas di sini. Harga yang ditawarkan juga lebih murah jika dibandingkan dengan harga yang terdapat di Malaysia. Oleh kerana nilai mata wang Malaysia yang agak tinggi berbanding dengan rupiah, kita boleh berbelanja lebih dengan nilai wang yang sama jika berbelanja di Malaysia. Walaupun banyak tempat yang hendak dikunjungi, tetapi anda tidak terasa sangat bahang panas seperti di Malaysia kerana udara di sini agak dingin - ianya memang santai !


Makanan

Kampung Daun 


Suasana romantis di Kampung Daun memang selesa yang mana ianya dikelilingi suasa pohon-pohon dan suasana semulajadi. Sangat sesuai jika untuk anda makan bersama keluarga atau teman dengan suasana santai. Makanan Sunda & Padang merupakan antara jenis masakan utama di sini - anda boleh mendapatkan makanan jenis ini di banyak tempat dan ianya memang lazat dan menyelerakan. Pemandu pelancong kami akan membawa ke tempat makan tengahari dan makan malam dan ianya sudah termasuk di dalam pakej.
Antara restoren yang biasa kami gunakan ialah:

Restoran padang simpang raya  jl dago, ir h juanda



Restoran padang sederhana jl setia budi



Restoran dapur sangkuriang jl setia budi



Restoran rumah ikan jl setia budi



Restoran balibu jl raya cikole lembang



Restoran wibiksana jl surya sumantri
Restoran seafood parit 9 jl anggrek



Rumah makan khas sunda ampera jl pajajaran



Food court pasar baru tren center



Food court pasir kaliki scuer



Restoran yang romantis

Kampung daun, jl sersan bajuri



Sapu lidi, jl sersan bajuri



Setone kape, jl dago pakar di bukit



Restoran lesung, jl dago pakar di atas bukit



Kek lapis Bandung



Kalau anda ingin mencuba kek lapis Bandung - anda boleh mendapatkan di Kartika Sari.

Kartika sari


Merupakan salah satu tempat yang biasanya 'wajib' dikunjungi oleh pelancong. Di kartika Sari, ianya popular dengan bakeries terutamanya kek lapis dan bermacam-macam lagi seperti Pisang Molen, Pastries, nonya cakes, ice cream dan bermacam jenis kek dan bermacam jenis cokelat. Pastinya anak-anak suka dengan coklet ini jika dibawa pulang sebagai ole-ole.

Harga Kek Lapis di Kartika Sari agak mahal juga, oleh itu jika anda mahu kek lapis yang agak murah - boleh tanyakan pemandu pelancong kami. Mereka boleh rekemenkan kek lapis buatan sendiri yang harganya lebih murah.

Puncak Bogor



Suatu tempat tanah tinggi yang agak dingin dan anda boleh melihat keindahan kota Bogor dari puncak ini seperti melihat keindahan matahari terbenam dan sebagainya. Anda juga boleh santai dengan mengunjungi gerai-gerai dengan suasana udara yang dingin. Ada beberapa tempat menarik di sini seperti:

Kebun teh Gunung Mas


Iaitu kawasan kebun teh yang sudah lama terkenal sebagai kawasan pengeluaran teh yang utama di daerah Jawa Barat. Anda boleh melihat bagaimana daun teh diproses dari mula sehingga siap. Anda boleh berjalan kaki mengelilingi kebun teh ini sebagai riadah dan untuk merehatkan minda setelah kepenatan bekerja.  


Taman Safari


Taman safari terletak di Sicarua, Puncak. Taman Safari ini sesuai untuk hiburan anda sekeluarga terutama jika anda membawa anak-anak. Taman ini menempatkan lebih 2,500 jenis haiwan yang tinggal di dalam habitatnya yang asal (bukan macam zoo). Anda boleh melihat haiwan-haiwan tersebut dari tingkap kenderaan - pastinya anak-anak anda akan terhibur. 
Taman Safari dibuka dari jam 8 pagi sehingga 5 petang

Air Terjun Cilember



Air Terjun Cilember ini berada desa Cilember, Sicarua iaitu sekitar 21 kilometer dari Bogor. Kawasan ini juga sesuai untuk anak-anak di mana ianya terdapat taman rama-rama dan tempat berkhemah.

Bodogol Ekowisata


Ianya merupakan pusat pendidikan Cagar Alam Bodogol yang terletak di bahagian barat Taman Nasional Gunung Gede-Pangrango. Di sini anda juga boleh melihat jenis binatang dan tumbuhan.

Hiburan

Trans Studio Bandung 



merupakan antara yang terbesar di Asia Tenggara. Pastinya anak-anak anda akan teruja dengan pelbagai jenis permainan yang disediakan. Bermacam-macam permainan disediakan untuk diterokai. Anda boleh habiskan masa setengah hari di sini untuk mencuba semua permainan yang disediakan.

Karaoke !



Bagi mereka yang berminat dengan karaoke, anda boleh mendapatkanya dengan mudah sahaja. Aktiviti di sebelah malam adalah di luar pakej lawatan kami, oleh itu anda hendaklah menguruskannya sendiri bersama keluarga atau kawan-kawan anda. Walaubagaimanapun, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pemandu pelancong kami.